Perak uji import baharu dalam dua aksi persahabatan

Perak uji import baharu dalam dua aksi persahabatan. Perak FC berpeluang menguji kemampuan pelatihnya terutama pemain import baharu apabila mengadakan dua perlawanan persahabatan Sabtu dan 14 Julai ini.

Ketua jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt berkata, dua perlawanan itu ialah menentang PDRM dan Negeri Sembilan.

“Dua perlawanan ini akan menjadi medan menguji kemampuan sebenar pelatih.



“Setakat ini kita hanya tengok mereka dalam latihan sahaja.

“Jadi saya berpeluang meneliti kemampuan mereka dengan lebih jauh melalui dua perlawanan ini,” kata Yee Fatt.

Jurulatih itu berkata, setakat ini semua pemain import baharu sudah menyertai pasukan itu.



Perak mengambil khidmat lima pemain baharu iaitu Charlie Machell, Jad Noureddine, Samir Ayass, Zubairou Garba dan Ghislain Guessan.

Machell, kelahiran England adalah yang pertama menyertai Perak FC .

Lima pemain itu akan menggembling tenaga dengan Nana Poku, Leandro Dos Santos dan Careca serta pemain Argentina yang dipinjakan Pahang kepada Perak II, Sergio Aguero.

Walaupun kehilangan ramai tonggak tempatan namun Perak masih mempunyai beberapa pemain berpengalaman seperti Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothi, Amirul Azhan Adnan, Rafiuddin Rodin, Idris Ahmad dan Firdaus Saiyadi.



Manakala antara pemain-pemain tempatan yang menyertai pasukan The Bos Gaurus ialah bekas ketua pasukan skuad B-19 negara, Azhar Apandi, S Pavithran, Aizat Maidin Koty dan pemain Manjung City FC, Syamim Baharuddin.

Perak uji import baharu dalam dua aksi persahabatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker