UMNO Terengganu sokong tindakan Zahid

UMNO Terengganu sokong tindakan Zahid

Badan Perhubungan UMNO Terengganu merakamkan tahniah kepada Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut mengucapkan agar Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.



Mengenai ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, beliau berkata, Badan Perhubungan UMNO Terengganu menyokong penuh dalam mesyuarat semalam yang selaras dengan pendirian parti, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang lalu.

“Jelas dan nyata kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan, menyalahgunakan Proklamasi Darurat untuk kepentingan politik, kegagalan kerajaan mempertahan sistem demokrasi berparlimen, kegagalan kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat serta kegagalan kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat.

“Malah, kegagalan kerajaan mengurus kestabilan politik serta ekonomi dan kegagalan kerajaan yang memperkotak-katik titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menjadi sebab utama UMNO menamatkan sokongan terhadap terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, UMNO terus berpendirian teguh untuk memperjuang dan mempertahan kebajikan utama rakyat yang terkesan dan terjejas ketika ini.



“UMNO tidak boleh bersekongkol dengan pihak yang mengakibatkan rakyat menderita, sektor kesihatan yang semakin kritikal, ekonomi menjunam, peningkatan jumlah rakyat membunuh diri kerana miskin dan lapar.

“Kepada Allah SWT kita berserah dan semoga Allah SWT memberkati kita semua. Insya-Allah,” katanya. BH

UMNO Terengganu sokong tindakan Zahid


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bila pula saya sokong Muhyiddin – Najib

Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker