UMNO tarik diri: MIC hormati keputusan namun perlu bincang dalam BN – Saravanan
UMNO tarik diri: MIC hormati keputusan namun perlu bincang dalam BN – Saravanan
MIC menghormati keputusan UMNO yang menarik sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan walau bagaimanapun menegaskan perkara tersebut turut perlu dimuktamadkan di peringkat Barisan Nasional (BN).
Justeru Ahli Parlimen Tapah itu berkata, MIC masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin sehingga ada ketetapan baharu diambil di peringkat BN.
Katanya beliau yakin BN akan mengambil keputusan yang akan memberi kebaikan kepada semua pihak.
“Saya tetap hormat pendirian UMNO, tetapi harus dibawa, diangkat kepada Barisan Nasional. Sebab semua wakil rakyat bukanlah UMNO ke, MIC ke atau MCA, (mereka) wakil rakyat Barisan Nasional.
“Saya percaya kita boleh bincang dan membuat satu keputusan yang baik. Negara menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang begitu teruk, rakyat sedang menderita sepatutnya kita kena fokus lebih kepada kebajikan rakyat bukan politik untuk kepentingan diri.
“Setakat ini saya tak dengar apa-apa mesyuarat di peringkat Barisan Nasional, saya tunggu. Buat masa ini kita terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan di Dewan Gandhi, dekat sini pada Khamis.
Terdahulu, Mesyuarat MKT UMNO pada Rabu memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.
Selaras keputusan itu, UMNO juga menuntut supaya Muhyiddin meletak jawatan untuk memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.
UMNO tarik diri: MIC hormati keputusan namun perlu bincang dalam BN – Saravanan
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.