Kami dah penat, kenakan total lockdown

Kami dah penat, kenakan total lockdown

Kami dah penat…kenakan saja perintah berkurung total di Selangor!

RIMAS, bosan, marah! Mungkin inilah perasaan majoriti penduduk di Selangor dan WP Kuala Lumpur yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 3 Julai lalu.

Perasaan itu pasti ada apabila melihat statistik kes baharu Covid-19 khususnya di Selangor yang tidak juga turun-turun malah semakin naik. Hari ini seluruh negara sudah mencecah 7,654 kes dan di Selangor sahaja 3,260 kes, mungkin ada potensi akan terus melonjak.

Soalnya di manakah silapnya? Kenapa kes tidak juga turun-turun? Apakah kluster tempat kerja khususnya sektor perkilangan terus menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada usaha mengekang penularan Covid-19?

Bukankah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah sudah menegaskan;

‘’Kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi kes. Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini.’’

Kenyataan yang dikeluarkan pada 26 Jun lalu itu seharusnya memberi peringatan kepada semua pihak terutamanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri Selangor bahawa buatlah PKPD sehebat manapun tetapi kalau ada sektor yang masih beroperasi, usaha mengekang Covid-19 tidak ke mana.

Tolonglah! kaji semula sektor-sektor yang beroperasi tersebut. Kalau sektor itu tidak menjejaskan bekalan makanan kepada rakyat, apa salah tutup sahaja sementara. Pedulikanlah soal sama ada ia akan menjejaskan ekonomi negeri atau tidak.

Apa yang lebih penting sekarang nyawa rakyat dan jutaan lagi rakyat yang terpaksa berkurung di rumah serta tidak boleh keluar mencari rezeki.

Jumlah kes yang terus meningkat itu di Lembah Klang seperti mana kes terbahru mencecah 3,260 kes di Selangor dan 1,550 kes di WP Kuala Lumpur, sudah pasti impian penduduk di kawasan berkenaan untuk beralih ke Fasa 2, hanya sekadar mimpi!

Entah berapa bulan lagi mereka dipaksa berkorban, disuruh patuhi SOP, hanya dibenarkan keluar rumah membeli makanan dengan harapan dapat segera ‘bebas’, kini dimusnahkan dengan kes-kes baharu yang terus mencanak-canak naik.

Bukan sahaja MKN malah Kerajaan Selangor juga perlu bertanggungjawab untuk mengekang penularan Covid-19. Carilah kaedah lain, kalau kaedah sekarang sudah tidak boleh digunakan lagi.

Buat apa bergantung kepada kaedah yang sudah tahu gagal? Kalau perlu tindakan lebih drastik termasuk melakukan ‘perintah berkurung’ di seluruh negeri itu lakukanlah. Jangan lagi dok membuat perhitungan untung rugi dari segi ekonomi.

Hasil ekonomi boleh dicari kemudian, lagipun apa nak risau Selangor negeri kaya, sudah pasti mampu bertahan untuk seketika jika semua sektor ditutup secara total.

Mungkin cadangan ini nampak terlalu ekstrem tetapi apa lagi pilihan yang ada? Sudah terbukti sudah tiga hari PKPD, kes terus tinggi. Tak perlulah buat perbandingan atau mahu mempertahankan sektor perkilangan industi dengan melihat dari segi peratus kes.

Yang penting sekarang ialah kes di Selangor tinggi dan kini sedang menghampiri angka 8,000, tak kan tunggu cecah 10,000 kes, baru nak cari kaedah?

Oleh itu kepada MKN dan Kerajaan Selangor, tolonglah lakukan sesuatu. Rakyat sudah penat, letih dan ‘terseksa’ terpaksa berada di rumah sejak setahun lalu. Macam-macam sudah dilalui PKP, PKPB dan kini PKPD dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Entah lepas ini apa lagi yang akan dikenakan kalau kes tak juga berjaya diturunkan hanya disebabkan sektor-sektor tertentu terus dibiarkan beroperasi sedangkan rakyat terus terseksa! HM

Kami dah penat, kenakan total lockdown


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker