UMNO mesti tinggalkan kerajaan yang tidak cekap
UMNO mesti tinggalkan kerajaan yang tidak cekap. Keputusan UMNO untuk tarik sokongan dari Kerajaan PN sudah pasti. Hanya tunggu MKT memuktamadkannya.
Sudah tentu ahli UMNO paling excited. Mereka tunggu sekian lama parti buat keputusan. Sebab itu usul “pull the plug” lulus sebulat suara di PAU UMNO 2020.
Apakah ada yang marah? Sudah tentu. Terutama yang tidak mahu Kerajaan PN rebah. Mereka akan “spin” kononnya rakyat marah. Mereka tuduh UMNO gila kuasa.
Tetapi mereka lupa. UMNO sokong Muhyiddin jadi PM walaupun dia terlibat dengan Tun M jatuhkan BN di PRU ke 14.
UMNO berlapang dada bila lantikan Menteri tidak ikut hiraki parti. Kumpulan katak dari UMNO semuanya diberi jawatan.
Sebab itu tidsk ada sebab untuk marah pada UMNO. 15 bulan UMNO beri peluang kepada PN untuk memerintah.
Bukan UMNO sahaja yang kata Kerajaan PN gagal tetapi semua pihak termasuk rakyat. Sebab itu keputusan UMNO adalah tepat.
Memang ada yang risau UMNO pull the plug. Mereka ini sama ada di dalam atau di luar UMNO risau hilang jawatan dan keistimewaan.
Keistimewaan yang paling penting ialah perisai daripada tindakan SPRM dan LHDN. Sebab itu ada yang sanggup jadi power broker dan jual parti.
Sudah tentu ramai yang takut bila UMNO pull the plug. PM 8, geng Azmin, kluster katak dari UMNO dan PPBM. Kerajaan PN boleh tumbang bila bila masa.
Tetapi pada UMNO kejujuran politik sudah tidak ada. UMNO lakukan untuk rakyat kerana kerajaan hari ini gagal. UMNO tidak mahu terus terpalit dengannya.
UMNO mesti tinggalkan kerajaan yang tidak cekap kerana dasar dan cara yang terbukti salah.
UMNO mesti tinggalkan kerajaan yang tidak cekap
Baca Artikel Menarik :
- Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai
- Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?
- Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]
- Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan
- Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen
- Resepi Ayam Goreng Madu Mamak
Layari Laman Facebook MYKMU
MP bimbang sidang parlimen jadi sesi taklimat