Elok jika Bersatu tidak sertai kabinet

Elok jika Bersatu tidak sertai kabinet

Tidaklah teruk jika Bersatu tak sertai Kabinet, kata penganalisis

Ketika Bersatu tidak lagi menjadi kuasa dominan di Putrajaya, seorang penganalisis percaya ia mungkin bukan idea yang buruk untuk parti itu menjauhkan diri daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.



Penganalisis sosio-politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata Bersatu boleh menjadi lebih lantang dalam melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan baharu sekiranya Ahli Parlimen daripada parti itu tidak menjadi menganggotai barisan Jemaah Menteri.

“Sekiranya mereka tidak menganggotai Jemaah Menteri, dan kita tahu keputusan dibuat secara konsensus, ia agak sukar untuk mereka mengkritik kerajaan dan Umno sekiranya pentadbiran baharu tidak menunjukkan prestasi,” katanya.

Semalam, Bersatu menafikan laporan sebuah portal yang mengatakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bercadang menolak pelantikan ke barisan Jemaah Menteri.

Ketua Penerangan parti itu Wan Saiful Wan Jan berkata laporan itu palsu dan bertujuan memecahkan Bersatu.



Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri semalam dan dijangka mengumumkan barisan Jemaah Menterinya tidak lama lagi.

Awang Azman berkata walaupun Bersatu tidak mungkin menolak apa-apa pelantikan jawatan Jemaah Menteri, namun parti itu tidak akan rugi sekiranya bukan sebahagian daripada kerajaan kerana kerjasama dalam kerajaan tidak membawa kepada perdamaian dengan Umno.

“Dalam pilihanraya umum selepas ini, mereka akan berdepan dengan Umno, dengan menyokong Ismail, mereka nampak lebih ‘besar’ kerana melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan kestabilan politik,” katanya.

Dengan menjauhi kerajaan, katanya, ia membolehkan mereka bersikap lantang dan bertanding dalam PRU-15 dengan kedudukan yang ‘lebih menguntungkan’ berbanding sebagai “Kerajaan Gagal” seperti yang digelar oleh pengkritik.



Seorang penganalisis, Azmi Hassan, percaya Bersatu tidak harus menolak sebarang pelantikan ke Jemaah Menteri yang ditawarkan kepada mereka..

“Jika tidak mereka akan dilihat cuba bermain politik. Namun, ia bukanlah perkara buruk jika mereka tidak dimasukkan dalam barisan Jemaah Menteri kerana ia membolehkan mereka menjauhkan diri daripada Umno sekiranya kerajaan baharu itu tidak menunjukkan prestasi baik.” FMT

Elok jika Bersatu tidak sertai kabinet


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker