Polis Siasat Pelaku Conteng Papan Tanda Dengan Perkataan Jelik
Polis Siasat Pelaku Conteng Papan Tanda Dengan Perkataan Jelik
GOMBAK: Polis menyiasat kes conteng papan tanda dengan perkataan jelik terhadap kerajaan di Jalan Bandar Tasik Puteri Batu Arang di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian itu disedari seorang pegawai keselamatan trafik di sebuah syarikat lebuhraya pada jam 4 petang.
“Ketika berada di rumahnya di Kota Puteri, Batu Arang Selangor, lelaki berusia 52 tahun itu telah menerima pesanan WhatsApp dari rakan setugasnya memaklumkan berlaku vandalisme di papan tanda milik syarikat mereka,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.
“Siasatan awal mendapati papan tanda berkenaan dipasang bagi tujuan memberi kemudahan kepada pengguna,” katanya.
Menurutnya, bagaimanpun papan tanda yang terletak kira-kira satu kilometer dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) telah dibersihkan.
Tular beberapa gambar mengenai kejadian di media sosial terutama di Twitter ini dan rata rata netizen marah dan tidak berpuashati dengan kegiatan vandalisme yang dilakukan oleh si pelaku.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam,” katanya.
Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan di talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.-SH
Polis Siasat Pelaku Conteng Papan Tanda Dengan Perkataan Jelik
Baca Artikel Menarik :
- Guan Eng mahu Rais ganti Takiyuddin
- Kempen bendera hitam sohor kini di media sosial
- Pemuda lari PKPD langgar kawat duri
- Hantar pelacur kepada pelanggan, taktik terbaru PKP
- Mangga miyazaki berharga RM1,000 sebiji
- Resepi sambal tumis sotong petai
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.