Conteng ‘kerajaan gagal’, pemotong rumput direman 3 hari


PETALING JAYA: Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng bangunan dengan perkataan “kerajaan gagal” di sekitar Taiping, Perak.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Taiping terhadap lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pemotong rumput mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Lelaki berkenaan ditahan di kediamannya di Taman Sungai Mas, Taiping, semalam, kerana disyaki menconteng perkataan “kerajaan gagal” di dinding beberapa bangunan dan kemudahan awam di sekitar bandar itu, menurut laporan Sinar Harian.

Dia disyaki melakukan perbuatan itu sekitar 21 Mei lalu di bangunan yang mempunyai lukisan mural dan grafiti, kemudahan taman permainan kanak-kanak di Taman Tasik Taiping, dinding hotel, gelanggang tenis dan sepak takraw milik Majlis Perbandaran Taiping (MPT), selain di papan tanda masuk ke kediaman rasmi Pegawai Daerah.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat, ketika menahan lelaki berkenaan, polis turut merampas peralatan digunakan, iaitu satu blok tulisan “kerajaan gagal”, satu tin semburan cat berwarna hitam dan sebuah kereta Toyota Avanza.

Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. FMT

Kelantan dibanjiri kain rentang ‘Kerajaan Gagal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker