Mesej daftar vaksin AstraZeneca 2.0 untuk 18 tahun ke atas palsu

Sebaran :

Mesej daftar vaksin AstraZeneca 2.0 untuk 18 tahun ke atas palsu

Mesej daftar vaksin AstraZeneca 2.0 untuk 18 tahun ke atas palsu. Penyebaran mesej melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial lain berhubung pendaftaran vaksin AstraZeneca 2.0 untuk individu berusia 18 tahun ke atas pada pukul 6 petang esok adalah tidak benar.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 dalam kenyataan di laman Twitter berkata, buat masa ini pendaftaran janji temu untuk fasa kedua vaksin tersebut hanya dibuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Sila rujuk platform rasmi kami untuk sebarang pengumuman mengenai pembukaan tempahan janji temu vaksin AstraZeneca,” katanya bagi menjawab pertanyaan seorang netizen berhubung perkara itu.



Seorang pengguna Twitter ketika respon terhadap maklum balas tersebut berkata, maklumat kurang tepat tersebut telah dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.

“Apa yang disebut sebagai berita eksklusif itu belum disahkan pun boleh terbit juga,” ciap seorang pengguna.

“Sangat setuju. Saya melakukan carian pantas di beberapa platform media dan nampaknya hanya Oriental Daily sahaja yang melaporkan perkara ini,” komen seorang pengguna. K Online



Mesej daftar vaksin AstraZeneca 2.0 untuk 18 tahun ke atas palsu


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Austria henti guna vaksin AstraZeneca


Sebaran :

Leave a Reply