Covid-19 : Noh desak kilang ayam di Parlimen Tanjong Karang ditutup



Sebaran :


Bimbang dengan penularan mendadak Covid-19 kelak, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar hari ini mendesak sebuah kilang ayam di Parlimen itu ditutup sementara.

Ini kerana, ada kes positif Covid-19 membabitkan pekerja warga tempatan dan asing.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor itu berkata, kilang tersebut dipercayai telah meminta semua pekerja mereka menjalani ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) dan mengesan terdapat kes positif dalam kalangan pekerja mereka.



Apa yang telah menimbulkan kegelisahan kepadanya apabila dimaklumkan kilang itu hanya akan menutup operasi kilang hanya selepas pekerja terbabit menjalani Real time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) di klinik kerajaan.

“Ini yang kita bimbang sangat ini, dengan keadaan Covid-19 meningkat lagi-lagi di negeri ini, angkanya memang cukup tinggi.

“Untuk makluman, keputusan (RTK-Ag) di klinik swasta hanya dalam tempoh 30 minit, tetapi bila ada yang positif mereka perlu menjalani saringan rTC-PCR yang mengambil masa mungkin 24 hingga 48 jam untuk mengetahui keputusan,” katanya dalam rakaman video Facebook beliau.



Noh berharap sangat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan segera meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) terbabit bagi mengelakkan penularan wabak dalam tempoh itu.

Kata beliau, sepatutnya walaupun pekerja yang positif tidak dibenarkan bekerja selepas menjalani RTK-Ag namun masih wujud kebimbangan individu itu bergerak bebas sehingga menyebabkan jangkitan di luar pula.

“Penduduk Tanjong Karang meluahkan rasa bimbang kerana kes positif Covid-19 di kawasan ini dikategorikan sebagai zon merah.



“Di Tanjong Karang sahaja terdapat 11 kes positif, manakala mukim Bestari Jaya tujuh kes, Hujung Permatang enam kes menjadikan kes keseluruhan 24 kes,” tegasnya.

Semalam dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah mengarahkan kilang pemprosesan ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah, di sini menghentikan operasi mulai semalam hingga 4 Jun depan berikutan 175 pekerjanya positif Covid-19. MG

175 pekerja positif Covid-19, kilang ayam diarah henti operasi


Sebaran :


Leave a Reply