175 pekerja positif Covid-19, kilang ayam diarah henti operasi


PETALING JAYA: Sebuah kilang pemprosesan ayam di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah, Melaka, diarah menghentikan operasi mulai semalam hingga 4 Jun ini selepas 175 pekerja didapati positif Covid-19.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmad Mariman, berkata kumpulan pekerja yang positif itu kebanyakannya pekerja asing.

Katanya, penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal dijadikan tempat pekerja terbabit dikuarantin.

Kerajaan negeri juga berbincang dengan pihak pengurusan syarikat itu kemungkinan untuk memindahkan pekerja terbabit ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berhampiran kawasan perindustrian itu.

“Ini kerana asrama pekerja asing sedia ada di rumah kedai berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Rahmad berkata, ujian calitan masih diteruskan terhadap baki kira-kira 600 pekerja hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang dijangkiti virus itu.

Semalam, Melaka merekodkan dua kluster baharu, membabitkan tempat kerja di kilang dan dalam kalangan keluarga.

Keseluruhannya, 175 kes positif baharu direkodkan semalam, iaitu 65 kes di daerah Alor Gajah manakala Melaka Tengah (75) dan Jasin (35).

Jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,244, termasuk 55 di unit rawatan rapi (ICU) dengan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan manakala satu kes kematian dicatatkan. FMT

604 pekerja positif COVID-19, kilang ayam di Melaka diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker