Tular Gambar Kayu Balak Saiz ‘Luar Biasa’, Jabatan Perhutanan Pahang Jelaskan Perkara Sebenar

Tular di media sosial baru-baru ini menerusi perkongsian daripada Facebook Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia mengenai pengeluaran kayu balak saiz luar biasa yang mencurigakan.

Berdasarkan perkongsian, kayu balak yang didakwa spesis Chengal ini telah ditemui di R&R Temerloh Arah Barat, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada hari Ahad lalu jam 5.50 petang.

SUMBER: PERTUBUHAN PELINDUNG KHAZANAH ALAM MALAYSIA

Apa yang menjadi persoalan netizen adalah bagaimana pokok balak bersaiz besar ini dapat dikeluarkan daripada hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya. Selain itu, trailer yang membawa balak berkenaan dikatakan tidak menunjukkan plat lesen pembalakan seperti kebiasaan.

Lebih mencurigakan, trailer yang membawa balak berkenaan terus meninggalkan R&R Temerloh sebaik sahaja menyedari gambarnya dirakam. Bukan itu sahaja, muncul persoalan netizen bagaimana balak dengan saiz besar ini mampu lepas pemeriksaan atau bayaran cukai mengetahui Balai Pemeriksaan Hutan ditutup pada hari Ahad.

Isu yang tular ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan memberi pelbagai respon sehinggalah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tampil menjelaskan mengenai isu yang tular tersebut.

Respon Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

SUMBER: FACEBOOK JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG

Berikutan isu yang sedang tular di media sosial, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tampil menjelaskan di laman Facebook mereka memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati maklumat lori dan kayu yang dibawa adalah sama seperti yang dinyatakan dalam pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Kayu yang dimuatkan dalam trailer berkenaan adalah sama seperti yang didakwa sekaligus mengesahkan kayu balak berkenaan merupakan spesis Chengal. Dimaklumkan muatan ini akan dihantar ke sebuah kilang di Selangor.

SUMBER: JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG

Menjawab persoalan bagaimana trailer ini mampu bergerak pada hari Ahad, balak yang mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ini telah mendapat lulusan jabatan berkenaan yang dibuka pada hari Ahad iaitu hari bekerja di Terengganu.

Penjelasan yang dibuat sekaligus mengesahkan aktiviti pembalakan yang dibuat. Dalam pada itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berharap aduan mengenai isu ini seeloknya disalurkan terus ke pihak mereka agar tindakan yang pantas dapat diambil. Pihak mereka sedia memastikan kesemua aduan yang dilaporkan akan diambil tindakan dalam memastikan khazanah hutan negeri terjaga.-TVC

Sumber: Facebook

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker