Ahli Parlimen dan wakil rakyat berkumpul makan durian akan dipanggil polis

Ahli Parlimen dan wakil rakyat berkumpul makan durian akan dipanggil polis. Polis akan memanggil wakil rakyat dan individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa satu  Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan satu video yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan menurut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Pihak polis juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan seorang wakil rakyat dan sekumpulan individu berkumpul dan dipercayai memakan durian di sebuah kebun di sini.

Ahli Parlimen dan wakil rakyat berkumpul makan durian akan dipanggil polis

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes bunuh diri, Presiden UMNO seru pemimpin dan ahli parti tambah usaha bantu rakyat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker