Ebit Lew sewa rumah untuk penduduk Gaza
Ebit Lew sewa rumah untuk penduduk Gaza
Aktiviti Ebit Lew di Gaza, Palestin hari ini diteruskan dengan lawatan ke kediaman penduduk kurang bernasib baik di sekitar kawasan berkenaan.
Menurutnya di laman Facebook, dia sempat menziarahi sebuah keluarga terdiri daripada seorang ibu tunggal bersama tujuh anak kecilnya.
“Ada seorang tu bayi lagi. Ya Allah. Suaminya syahid baru ini asbab serangan bom. Masa mula sampai semua sedih je. Saya tengok anak kecil ini hati jadi tak tahan nak menangis.
“Saya dah sebulan belum jumpa anak isteri dan keluarga dah terasa sayu. Inikan pula anak kecil ini kehilangan ayah mereka tetapi masih boleh tersenyum. Seronok bila bawa hadiah. Terus semua senyum. Sempat bermain-main terbang dengan anak-anak ini,” katanya hari ini.
Menurutnya, dia terus membawa keluarga tersebut ke rumah kasih umat yang disewanya di bandar itu dan memberi sedikit sumbangan untuk mereka serta semua ibu tunggal yang lain.
“Insya-Allah ada cikgu yang menjaga dan menguruskan tempat ini. Kami akan bayar gajinya. Ya Allah terasa bersyukur sangat dapat buka kasih umat di Gaza, Palestin.
“Beribu orang kehilangan rumah tempat tinggal, kelaparan, kehilangan orang tersayang. Allahuakbar. Berat rasa hati. Ketika saat saya sendiri dalam diberi pelbagai nikmat. Ya Allah ampunkanlah diriku ini,” katanya.
Menurutnya, rumah kasih umat itu terdiri daripada dua buah rumah yang disewanya, yang mana ia mempunyai empat bilik luas dan selesa.
“Setakat ini akan menjaga 10 anak yatim dan mereka yang susah untuk dijadikan tempat tinggal dan kelas-kelas aktiviti anak-anak. Menangis melihat anak-anak ini.
“Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan. Saya tidur malam di sini terfikir risau juga. Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup melalui hidup diuji begini,” katanya. K Online
Ebit Lew sewa rumah untuk penduduk Gaza
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU
Kempen kibar bendera putih jika putus bekalan makanan dapat sambutan
You must be logged in to post a comment.