Helikopter TLDM mendarat cemas

Helikopter TLDM mendarat cemas . Sebuah helikopter jenis Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Pangkalan TLDM Lumut di sini pada Isnin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam12 tengah hari itu dipercayai melibatkan empat anggotanya.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam kenyataan memaklumkan helikopter itu sedang melakukan penerbangan operasi.

“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” katanya.

Menurutnya, satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Helikopter TLDM mendarat cemas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan ‘bunuh’ rakyat dengan kegagalan PKP 3.0

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker