Covid-19 : 5218 kes baharu hari ini

Covid-19 : 5218 kes baharu hari ini

Kes baharu 5,218, Negeri Sembilan dan Perak naik semula

KES jangkitan harian baharu COVID-19 menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam tetapi masih melebihi angka 5,000.



Jika semalam sebanyak 5,586 kes baharu dikesan, hari ini jumlah penularan turun kepada 5,218 kes seluruh negara.

Penyusutan kes baharu itu sebahagian besar disumbangkan di Lembah Klang yang merekodkan penurunan hari ini.

Walaupun begitu, Selangor masih mencatatkan kadar jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 1,989 manakala Kuala Lumpur pula berjumlah 469 kes.

Penularan baharu di Sarawak turut turun kepada 409 kes hari ini berbanding 513 yang dicatatkan semalam.



Beberapa negeri lain termasuk Johor, Kelantan, Melaka dan Pahang juga merekodkan penurunan hari ini namun masih melaporkan kes melebihi tiga angka.

Sebanyak 243 kes dikesan di Johor; 101 di Kelantan; 183 (Melaka) dan 111 di Pahang.

Kes baharu di Negeri Sembilan bagaimanapun naik semula kepada 629 hari ini.

Peningkatan kes turut dikesan di Perak yang melaporkan sebanyak 400 jangkitan baharu berbanding 229 semalam.



Baca artikel berkaitan: Masih tinggi, kes baharu cecah 5,586 hari ini

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jangkitan baharu di Sabah dan Kedah juga naik semula dengan masing-masing merekodkan 258 dan 194 kes baharu.

Perkara sama juga dikesan di Labuan yang kembali merekodkan kes melebihi tiga angka iaitu sebanyak 108 penularan hari ini.

Dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Terengganu melaporkan kes kurang daripada 100 hari ini.



Pulau Pinang yang mencatatkan sebanyak 138 kes semalam, menurun kepada 88 setakat tengah hari tadi.

Terengganu pula terus kekal merekodkan sebanyak dua angka kes sejak beberapa hari lalu dengan 23 kes dikesan hari ini.

Sementara itu, Putrajaya melaporkan sebanyak lapan kes manakala lima kes baharu telah dikesan di Perlis.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.



Sehingga 28 Jun 2021; Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,218 kes (739,266 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,989 (243,616)
WPKL – 469 (75,692)
Johor – 243 (70,254)
Sabah – 258 (69,025)
Sarawak – 409 (64,233)
Negeri Sembilan – 629 (43,536)
Kelantan – 101 (34,521)
Pulau Pinang – 88 (34,249)
Perak – 400 (26,307)
Kedah – 194 (24,759)
Melaka – 183 (17,940)
Pahang – 111 (13,206)
Terengganu – 23 (11,160)
WP Labuan – 108 (7,920)
WP Putrajaya – 8 (2,259)
Perlis – 5 (589)

Covid-19 : 5218 kes baharu hari ini




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rombongan Ebit diiringi tentera Mesir ke Gaza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker