Aliran darah haid luar biasa petanda kanser serviks

Aliran darah haid luar biasa petanda kanser serviks

LAZIMNYA wanita yang datang haid akan kehilangan darah antara 30 dan 60 mililiter (ml) atau enam hingga lapan sudu teh setiap bulan.

Anggaran itu dikategorikan kitaran haid normal oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan haid ‘banyak’ apabila mengeluarkan darah melebihi 80 ml.



Malah lebih mudah mengkelaskan aliran haid yang banyak (‘heavy’) dengan mengira bilangan pembalut tuala wanita atau tampon yang digunakan untuk suatu tempoh masa.

Haid boleh dikatakan mempunyai aliran banyak sekiranya seseorang itu perlu menukarkan tuala wanita atau tampon sekitar satu atau dua jam.

Justeru, menangani situasi itu, ujian NHS boleh membantu mendedahkan sama ada haid anda banyak dan perlu berjumpa doktor. Ini kerana kitaran haid normal berlaku sebulan sekali antara 21 sehingga 35 hari daripada satu kitaran ke kitaran yang lain.

Aliran haid yang normal adalah antara dua sehingga tujuh hari dengan penggunaan tuala wanita tidak melebihi satu tuala bagi setiap jam pada hari aliran luar biasa dan tanpa ada darah beku.



Kitaran haid yang normal membolehkan wanita terus melakukan aktiviti harian tanpa mengalami keletihan atau kekurangan tenaga dan selepas selesai pendarahan haid, pendarahan tidak akan berlaku sehingga kitaran haid seterusnya.

Bagi Pengamal dan Pengarah Perubatan The Lowdown, Dr Fran Yarlett, aliran haid yang banyak tidak perlu dibimbangi bagi sesetengah orang kerana ia bukan suatu luar biasa.

Boleh berlaku selepas hubungan seks

Katanya, jika haid berubah dan aliran menjadi luar biasa banyak, ia mungkin membawa petanda masalah kesihatan seperti kanser berikutan ada kemungkinan berlaku pendarahan berlebihan ketika kanser serviks di peringkat awal.



“Namun, berdasarkan NHS, pendarahan juga boleh berlaku selepas hubungan seks, pendarahan antara haid atau pendarahan selepas menopaus.

“Selain itu, gejala lain termasuk perubahan terhadap keputihan dan sakit di bahagian bawah belakang badan, iaitu antara tulang pinggul (pelvis) atau di bawah perut.

“Bagaimanapun, pendarahan faraj yang tidak normal juga boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti penyakit kelamin (STI) atau trauma dan ia bukan tanda pasti kanser serviks,” katanya yang turut mengesyorkan sebarang pendarahan luar biasa harus dirujuk dengan doktor secepat mungkin. Agensi

Aliran darah haid luar biasa petanda kanser serviks



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker