Wanita maut jatuh dari tingkat 15
Wanita maut jatuh dari tingkat 15
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul, pada petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan kejadian pada jam 5.43 petang.
“Tubuh mangsa dijumpai di kawasan parkir motosikal di bawah bangunan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
“Mangsa yang tidak pernah bekerja tinggal di apartmen itu bersama keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Eng Lai berkata polis telah merakam keterangan saksi kejadian dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.
Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Wanita maut jatuh dari tingkat 15
Baca Artikel Menarik :
- Makan telur penyu mainan politik kotor
- Zaman PN ini tak banyak beza dengan zaman PH – Najib
- Jamal Abdillah kena tahan di SJR
- Elizad akan saman pengguna Facebook Zain Rashdan
- Resepi Nasi Kari Ketam Lazat Sekal
- Resepi lala goreng tomyam sedap sungguh
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.