Pegawai perolehan kementerian direman kerana rasuah


Pegawai perolehan kementerian direman kerana rasuah

Terima rasuah RM150,000, pegawai perolehan kementerian direman 3 hari

PUTRAJAYA: Seorang pegawai bahagian perolehan sebuah kementerian direman tiga hari bagi membantu siastan kes rasuah berjumlah RM150,000 daripada kontraktor bagi mendapatkan projek bernilai RM2.6 juta.

Perintah tahanan reman berkenaan sehingga 28 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas menerima permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira jam 8 malam tadi.

“Suspek ditahan susulan siasatan yang dilakukan terhadap penolong setiausaha bahagian kementerian itu dan pemilik-pemilik serta pengurus syarikat yang telah ditahan sejak 21 Jun lalu.

“Hasil siasatan ini telah berjaya membongkar kegiatan sindiket ini yang dipercayai membolot 22 projek bernilai RM135 juta di kementerian tersebut sejak 2017 hingga kini. Ini termasuk projek berkaitan penahanan suspek hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, sumber berkata sindiket ini juga dipercayai mengupah pihak lain pula untuk mengendalikan projek-projek tersebut.

Sumber berkata suspek dikatakan menerima RM150,000 sebagai rasuah bagi membolehkan sindiket terbabit memperoleh projek pembekalan kelengkapan menyelam bernilai RM2.6 juta bagi sebuah agensi penguatkuasa.

Pada 21 Jun lalu, empat pemilik syarikat kejuruteraan marin telah direman SPRM kerana disyaki memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan projek pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan marin di agensi penguat kuasa sama yang dianggarkan berjumlah RM10 juta.

Berikutan itu, seorang penolong setiausaha bahagian kementerian telah ditahan pada keesokannya, diikuti penahanan seorang pengurus syarikat. FMT

Pegawai perolehan kementerian direman kerana rasuah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker