Cahaya api bongkar aktiviti pemujaan




Cahaya api bongkar aktiviti pemujaan

Georgetown: Cahaya api yang dilihat dari dalam sebuah unit rumah di tingkat 31 sebuah kondominium di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor, di sini, menimbulkan keresahan kepada penghuni, Selasa lalu.

Bagaimanapun, pasukan bomba yang tiba di lokasi sebaik dihubungi mendapati tidak berlaku kebakaran sebaliknya cahaya api berkenaan dipercayai tercetus akibat aktiviti pemujaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati terdapat bau asap, namun tiada kebakaran berlaku di unit kediaman itu lalu berusaha membuka pintu menggunakan peralatan khas.




“Kita kemudian menemui seorang lelaki berusia 23 tahun sedang melakukan aktiviti pemujaan di dalam rumah itu lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Ya, polis ada terima laporan kejadian berkenaan,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Kegiatan khurafat lelaki berkenaan turut tular di media sosial, hari ini dan mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya. HM

Cahaya api bongkar aktiviti pemujaan





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM



Leave a Reply

Your email address will not be published.