Amy Search Cucuk Vaksin Sambil Nyanyi Lagu Fantasia Bulan Madu [VIDEO]

Sebaran :

 Amy Search Cucuk Vaksin Sambil Nyanyi Lagu Fantasia Bulan Madu

Amy Search Cucuk Vaksin Sambil Nyanyi Lagu Fantasia Bulan Madu

Pelakon Nabila Huda memuat naik di laman instagramnya satu hantaran  video detik bapanya yang juga penyanyi rock terkenal Amy Search menerima suntikan pertama vaksin di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam. 

Menariknya di dalam video berdurasi kira-kira 20 saat kiriman isteri Amy itu, Amy, 62 yang kelihatan tenang sempat lagi menyanyikan lagu hitnya, Fantasia Bulan Madu. 

“Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan ku bawa, ke hujung dunia, ke bintang kejora” 

Sayangnya proses suntikan hanya beberapa saat, hanya tiga rangkap lagu tersebut yang sempat dinyanyikan oleh penyanyi rock legend tersebut. Untung petugas kesihatan yang bertugas ketika itu dapat mendengar nyanyian ‘live’ daripada Amy.

“Lain pula dengan Nabila punya gelabah. Nak buka MySejahtera sampai terbuka RHB Bank.”

“Unforgettable vaccine journey.”

“Dia punya level takut tu sampai nak buka MySejahtera bukak app RHB!”

“Kalau keisha ada kat sebelah usually dia lah yang akan pegang tangan mummy and keluarkan kata-kata semangat macam “tak sakit mummy,sikit je,takde apa ni..”

“Haa anak yang calm kan mak acane tu? Nasib la depan orang ramai,kalau tak yang amik video tu,kite dah flying kick dah..Siapa gelak dosa eh..🙄🤣”

“Korang jangan takut pulak nak amik vaccine. Tak sakit pun. Tapi kalau siapa yang memang takut pergi hospital,begini lah rupa dia! Abil kalau sakit pun memang takkan makan panadol, apa ntah lagi nak kena injection, beranak dan sebagainya..”

“Dia tetap takkan berubah,tetap akan kecoh macam ni sampai bila-bila! Buat malu je bapak kite vaccine siap nyanyi..anaknya drama betollll! Haha..”

“Thank you IDCC atas layanan yang baik,process yang sangat cepat dan selesa! 🤍”

 Amy Search Cucuk Vaksin Sambil Nyanyi Lagu Fantasia Bulan Madu

Amy Search Cucuk Vaksin Sambil Nyanyi Lagu Fantasia Bulan Madu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?” – Zul Ariffin


Sebaran :

Leave a Reply