Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam


Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam

Pasangan selebriti suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersedia dengan segala kritikan dan kecaman penonton ekoran babak mesra, peluk dan berguling-guling lakonan mereka dalam filem Sabda Kekasih yang mula ditayangkan di saluran Astro First 480, hari ini.

Dalam filem itu, Aeril yang melakonkan watak sebagai Bukhari Muslim memeluk mesra kekasihnya Kasih Murni (Wawa) yang bertudung labuh walaupun ketika mereka belum bernikah.

Aeril berkata, perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana secara realitinya mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

“Saya tahu dalam filem Sabda Kekasih ini ada babak bersentuhan dan peluk walaupun belum berkahwin. Realitinya, kami memang suami isteri dan semua orang tahu.

“Hakikatnya ada segelintir orang memang begitu walaupun belum berkahwin, tetapi ia tak perlulah jadi ikutan (tidak menjaga batas).

“Bagi saya, waktu inilah iaitu ketika dalam penggambaran saya boleh pegang perempuan. Ini kerana saya tidak pegang atau bersentuhan dengan pelakon perempuan lain dalam mana-mana drama sebelum ini. Jadi, apabila berlakon dengan isteri sendiri, ia lebih mudah dan selesa,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa yang sama, Aeril tetap mengkritik lakonan Wawa kerana mahukan yang terbaik.

“Dari segi pergerakan badan, ia agak mudah kerana kami suami isteri. Namun, saya melihat lakonan Wawa dari sudut pandangan seorang penonton. Dia pun sudah lama tak berlakon.

“Jadi, biasanya kami bergaduh juga di lokasi penggambaran tapi tak adalah sampai bawa ke rumah. Memang perangai saya suka cari salah dia dalam kerja kerana mahukan yang terbaik. Mujur Wawa jenis mudah faham dan tahu kehendak saya,” katanya.

Filem Sabda Kekasih adalah projek filem sulung Aeril dan Wawa di bawah syarikat produksi mereka, Respected Citizen Production Sdn Bhd.

Filem arahan Azhari Zain itu menelan belanja mencecah RM1 juta termasuk kos promosi dan pemasaran. Selain Aeril dan Wawa, filem yang menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan tahun lalu itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna. HM

Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Kerabu Maggi Thai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker