MILA JIRIN : PINJAM BANK BAYAR GAJI [VIDEO]

MILA JIRIN : PINJAM BANK BAYAR GAJI PEKERJA [VIDEO]

“Sememangnya saya reda dan berserah kepada Allah SWT atas apa yang berlaku, selain itu, kita mesti ada pelbagai perancangan, kalau tak jadi satu, boleh buat perkara lain, bak kata orang plan B, C, D dan seterusnya.

“Tak pernah dalam sejarah seorang majikan membuat pinjamam bank untuk membayar gaji pekerja, saya pasti ramai usahawan di luar sana juga melakukan perkara sama,” itulah kata penyanyi dan usahawan, Mila Jirin.



Banyak perniaga terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda, begitu jugalah dengan Mila yang tidak terkecuali berdepan detik sukar ketika ini.

Mila bagaimanapun berkata dia hanya mampu berserah segalanya kepada Tuhan dan tidak mudah berputus asa. Ujar Mila, seorang usahawan perlu mempunyai pelbagai perancangan untuk terus mencari rezeki.

Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini turut mengakui dia memahami situasi pekerja-pekerjanya yang mempunyai komitmen sendiri, jadi membuat pinjaman bank untuk membayar gaji pekerjanya merupakan idea yang terbaik.



Difahamkan, jumlah pekerja yang berkerja di bawah enam syarikat Mila terdapat hampir 117 pekerja dan jumlah gaji yang diberikan oleh Mila buat pekerjanya secara keseluruhan mencecah RM200,000.

MILA JIRIN : PINJAM BANK BAYAR GAJI PEKERJA


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mila Jirin terpaksa jual durian



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker