Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM

Sebaran :

 

Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM

BALIK PULAU – Cubaan seorang penagih dadah merompak wang dengan memecahkan mesin deposit dan pengeluaran tunai (CDM) di sebuah bank di Lintang Bukit Penara di sini gagal selepas dia diberkas polis malam tadi.

Kejadian jam 9.40 malam itu disedari penolong pengurus bank susulan sistem penggera bank berkenaan berbunyi sebelum pengadu menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, tindakan pantas anggota polis tiba di lokasi berjaya menahan lelaki terbabit.

Sebaik tiba di lokasi, katanya, anggota polis mendapati suspek berusia 39 tahun itu sudah memecahkan bahagian luar mesin tersebut menggunakan absorber (penyerap hentakan) kereta.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati suspek melakukan jenayah itu seorang diri dan dia gagal melarikan sebarang wang susulan hanya bahagian luar mesin tersebut dirosakkan.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek yang masih bujang itu tinggal di Daerah Timur Laut dan datang ke Balik Pulau menaiki bas untuk melakukan jenayah tersebut,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di lokasi kejadian lewat malam tadi.

Tambah Kamarul Rizal, suspek dipercayai berada dalam pengaruh dadah ketika melakukan jenayah tersebut.

“Semakan juga mendapati suspek tidak bekerja selain mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Berdasarkan siasatan awal pihak kami tidak menolak kemungkinan suspek bertindak sedemikian atas tekanan hidup, namun siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan,” kata beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan 427 akta yang sama. MG

Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mike Tyson Bakal Bangunkan Kerajaan Ganja


Sebaran :

Leave a Reply