“Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?” – Zul Ariffin

"Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?" - Zul Ariffin

“Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?” – Zul Ariffin

Keserasian ketika berlakon sangat penting bagi menghidupkan sesebuah naskhah. Setiap pelakon ada cara tersendiri untuk membina keserasian dengan pasangan gandingannya.

Zul yang sering digosipkan bercinta dengan pelakon gandingannya dalam drama bagaimanapun menjelaskan keserasian tidak dibina menerusi adegan intim atau bersentuhan semata-mata.



“Sebelum ini saya sering berlakon babak bersentuhan dengan gandingan saya. Bagaimanapun, perkara tersebut tak menjanjikan apa-apa. Nak bina keserasian bukan setakat pada babak bersentuhan.

“Saya seorang pelakon dan saya akan menyesuaikan diri. Perkara paling utama, saya memang akan menghormati setiap prinsip gandingan saya. Apa yang membuatkan dia selesa dan juga sebaliknya.

"Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?" - Zul Ariffin

“Lain orang lain caranya. Cara bergurau juga berbeza. Kami tidak diberikan masa untuk mencari keserasian. Segalanya bermula di set. Pada saya respek adalah perkara yang patut didahulukan,” katanya kepada Media Hiburan.



Kata Zul, dia tiada masalah kalau gandingannya menolak untuk melakukan babak bersentuhan, malah dia menyangkal persepsi orang ramai yang melihat dia gemar melakonkan babak mesra atau bersentuhan.

"Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?" - Zul Ariffin

“Saya tidak pernah melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

“Jika sebelum ini saya ada melakonkan babak dukung heroin saya, apa yang membuatkan anda terfikir yang saya suka. Saya sendiri tak faham dan Saya hanya mahu selesaikan babak tersebut secepat mungkin.



“Saya seorang pelakon, itu dah menjadi tugas saya. Kalau gandingan saya tak selesa kita boleh bincang dengan pengarah. Saya tahu perkara seperi ini agak sensitif untuk diperkatakan,” ujarnya.

https://www.instagram.com/p/CQckNrJhFKz/

Nak buat macam mana lagi, bila sebut nama Zul Ariffin saja mesti dah terbayang babak mesra, dukung-dukung, kan? – CARI

“Apa Yang Buat Anda Fikir Saya Suka Dukung Heroin?” – Zul Ariffin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Erma Fatima : Langgar Adab, Merisik Online [VIDEO]

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker