Arab Saudi lulus campuran dos vaksin berbeza


Arab Saudi lulus campuran dos vaksin berbeza

RIYADH – Jawatankuasa Ilmiah Nasional untuk Penyakit Berjangkit Arab Saudi telah meluluskan penggunaan campuran dua dos vaksin Covid-19 berbeza, lapor akhbar Saudi Gazette, semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi menerusi laman Twitter rasminya.

“Persetujuan meluluskan campuran dua dos vaksin berbeza adalah berdasarkan kajian ilmiah antarabangsa yang meluas.



“Kajian membuktikan jaminan keselamatan dan keberkesanan dalam usaha memerangi virus Covid-19 menerusi suntikan dos kedua vaksin,” tulis kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan lain, kementerian mengumumkan bahawa semua penerima yang berumur 50 tahun ke atas (menurut kalendar Hijrah) dan telah melepasi 42 hari selepas dos pertama, diizinkan mengambil dos kedua, mulai hari ini.

United Kingdom akan membenarkan orang ramai diberi suntikan vaksin COVID-19 dari pengeluar berbeza atau dengan mencampurkan dos walaupun belum mendapat bukti keberkesanannya. Ia akan diberikan untuk beberapa keadaan sahaja iaitu sekiranya vaksin sebuah pengeluar itu kehabisan stok.

Pakar kesihatan menyokong langkah kerajaan mengkaji kemungkinan penggunaan vaksin berbeza untuk dos pertama dan kedua bagi meningkatkan daya ketahanan terhadap varian Covid-19 berdasarkan hasil kajian di luar negara.



Menerusi bual bicara dalam talian anjuran Oxford and Cambridge Society Malaysia, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggunakan vaksin AstraZeneca untuk dos pertama dan Pfizer bagi dos kedua.

Arab Saudi lulus campuran dos vaksin berbeza


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



 


Vaksin AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta Kappa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker