Vaksin AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta Kappa

Sebaran :


Vaksin AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta Kappa

VAKSIN AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta dan Kappa yang pertama kali dikesan di India.

Syarikat farmaseutikal itu mendedahkan data berkenaan pada Selasa, hasil kajian keberkesanan yang dijalankan terhadap dua varian tersebut.

Kajian oleh Universiti Oxford meneliti keupayaan antibodi monoklonal dalam darah daripada individu yang pulih dan daripada individu yang diberi vaksin untuk meneutralkan varian Delta dan Kappa.

Minggu lalu, analisis oleh Public Health England (PHE) mendapati vaksin Pfizer dan AstraZeneca menawarkan perlindungan tinggi lebih 90 peratus terhadap varian Delta.

Hasil kajian terbaharu Oxford ini dibina berdasarkan analisis terbaharu oleh PHE.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini berkata, varian Delta menjadi versi virus COVID-19 dominan di peringkat global. Awani

Vaksin AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta Kappa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri Aziz mastermind kumpul SD sokong Hishammuddin


Sebaran :

Leave a Reply