Erma Fatima : Langgar Adab, Merisik Online [VIDEO]

ERMA FATIMA : LANGGAR ADAB, MERISIK ONLINE [VIDEO]

ERMA FATIMA : LANGGAR ADAB, MERISIK ONLINE [VIDEO]  – YANG PENTING BENDA BAIK KITA CEPATKAN” 

“ALHAMDULILLAH. Setahun lebih tunggu.. ada saja alasannya, PKP lah, itulah, inilah, jadi majlis semalam aku plan 3 hari sebelumnnya dan syukur settle.

“Walaupun dah langgar adab, takpelah. Yang penting benda baik kita cepatkan. Insyallah. #yeahhhdapatmenantu #untungdapatbesansempoi,” tulis pengarah dan pelakon Erma Fatima yang menzahirkan perasaan syukur apabila dapat melaksanakan acara merisik untuk anak lelakinya meskipun hanya dalam talian, berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Erma menerusi laman Instagram telah memuat naik hantaran video sepanjang majlis merisik yang berlangsung baru-baru ini untuk tatapan peminat dan juga pengikutnya.

Meskipun Erma merasakan terdapat pelanggaran adab dan budaya dalam majlis merisik yang diadakan secara ‘online’ itu, namun pengarah drama ‘Mok Cun’ ini berkata dia hanya merasa bertanggungjawab untuk mempercepatkan urusan perkahwinan anaknya itu.

Sementara itu, turut hadir dalam majlis itu ialah bekas suami Erma, Bade Haji Azmi. Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Erma yang bakal menerima menantu tidak lama lagi.

ERMA FATIMA : LANGGAR ADAB, MERISIK ONLINE [VIDEO]

ERMA FATIMA : LANGGAR ADAB, MERISIK ONLINE [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Uqasha : Nak Pakai Tudung Takut Kena Kecam [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker