Lakaran foto suspek pedofil usik 2 beradik


Lakaran foto suspek pedofil usik 2 beradik

Polis edar lakaran foto, buru lelaki pedofilia ‘usik’ 2 beradik

Polis memburu seorang lelaki berusia 20-an atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki di sebuah pangsapuri di Seksyen 19 di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ia susulan ibu mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian menimpa dua anaknya berusia lapan dan sembilan tahun.



“Hasil siasatan awal, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menaiki tangga untuk menjual kuih di kawasan kediaman mereka.

“Tiba-tiba (mereka) datang seorang lelaki menarik tangan mangsa dan melakukan kelucahan melampau sebelum kanak-kanak terbabit yang ketakutan berlari pulang sambil menangis.

“Lakaran fotofit telah dibuat dengan bantuan deskripsi suspek oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fakhrudin berkata, suspek berketinggian 168cm, berbadan kurus dan berambut pendek.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Pihak polis memohon kerjasama orang awam yang mengenali suspek atau mengetahui kejadian itu tampil membantu polis atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor M Naresh Kumar di talian 016-975 7113,” katanya.

Semalam media melaporkan dua beradik lelaki dipercayai menjadi mangsa lelaki pedofilia ketika menjual kuih di kawasan pangsapuri Seksyen 19, Isnin lalu.

Dalam kejadian 9.45 pagi, dua kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun itu pulang ke rumah dalam keadaan menangis menyebabkan ibu mereka yang pelik bertanya apa yang berlaku. FMT



Lakaran foto suspek pedofil usik 2 beradik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada yang menangis tiada duit beli makanan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker