UMNO menanti detik kembali berbuah


UMNO menanti detik kembali berbuah

Oleh Zahid Hamidi

Ahli-ahli UMNO sekalian. Mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan suatu kesilapan besar.

Mereka itu sedang bermimpi di siang hari. Mengandaikan yang mustahil dan bukan-bukan.

UMNO sebaliknya umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah.

Meskipun pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya.

Rakan-rakan UMNO sekalian. UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu.

UMNO dilahirkan di Istana Melayu dan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946.

UMNO mendepani rancangan Malayan Union oleh British demi survival bangsa Melayu.

UMNO mempertahankan kedaulatan institusi diraja dan Raja-Raja Melayu.

UMNO mengangkat kepentingan Melayu lagi memperkasakan syariat agama.

UMNO jua sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu berpaksikan Islam.

Kerana itu UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas.

Bagaimanapun UMNO tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bukan Melayu.

Sejarah berpuluh tahun UMNO mengemudi teras pentadbiran negara sebagai bukti.

Sahabat-sahabat UMNO sekalian. UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang.

Amalan kita bermuafakat dan tidak berpecah belah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh.

Perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni. Demi sebuah kebenaran dan kewajipan.

Insya-Allah rakyat bersama UMNO kerana UMNO akan terus bersama rakyat.

#UMNOBangkit
#PRU15
#DemiAgamaBangsaNegara
#DuluKiniSelamanya

UMNO menanti detik kembali berbuah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib seru tolak pemimpin derhaka pada perjuang parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker