Waris bayi mangsa dera dikesan

Waris bayi, mangsa dera dikesan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling mengesan waris kepada seorang bayi dan remaja lelaki yang menjadi mangsa dera.

Kedua-dua mereka dikenali Mohd. Harraz Shakeel yang berusia sebulan dan Mohd. Hairi Baharudin, 14.

Jurucakap JKM berkata, bayi tersebut telah dijumpai orang awam pada 20 Mei lalu kira-kira pukul 4.50 pagi di belakang sebuah rumah di Lorong Melur, Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya dekat sini.

Katanya, bayi berkenaan yang masih hidup dan bertali pusat diletakkan dalam sebuah plastik hitam dan keadaan dihurung semut.

“Mohd. Hairi pula telah menjadi mangsa dera yang dilakukan ahli keluarganya dan telah dihalau keluar dari rumahnya pada 4 Jun lalu

“Remaja itu kemudiannya telah meminta bantuan dari orang awam bagi mencari perlindungan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jurucakap itu turut memberitahu, Mohd Hairi yang berasal dari Jalan Apas, Tawau di Sabah telah datang ke Semenanjung pada tiga tahun lalu bersama kakak kandungnya dikenali Wardina dan sepupunya.

Tambahnya, kedua-dua mereka itu telah ditempatkan sementara dibawah jagaan penjaga yang dilantik oleh pihak mahkamah selama tempoh satu bulan.

Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587. – K! ONLINE

Waris bayi mangsa dera dikesan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker