DUN Johor bersidang 12 Ogos – Sultan Ibrahim


DUN Johor bersidang 12 Ogos – Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos.

Dalam satu kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut berkenan berangkat bagi merasmikan pembukaan penggal persidangan keempat pada tarikh berkenaan yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan negeri Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi negeri Johor dengan sebaiknya,” kata Sultan Ibrahim.



Sebelum ini Kerajaan Johor berkata mereka bersedia mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan segera selaras peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata kerajaan Johor menjunjung kasih dan amat mengalu-alukan titah dan pandangan dibuat Raja-Raja Melayu, semalam.

Katanya, Persidangan Khas Raja-Raja Melayu menyatakan dengan jelas pendirian mengenai Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dalam menangani pandemik COVID-19.

“Kerajaan Johor akan mengenal pasti tarikh yang sesuai supaya persidangan DUN Johor dapat dijalankan segera.



DUN Johor bersidang 12 Ogos – Sultan Ibrahim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker