Senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan

Senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan

Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan anggota-anggota Biro Politik UMNO terdiri daripada 26 orang.

Mereka ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; tiga naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri.

Selain itu, Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ketua Penerangan dan Bendahari UMNO, 13 pengerusi perhubungan negeri dan setiausaha kerja.

Ahmad berkata, Biro Politik UMNO telah mengadakan mesyuarat secara maya pada Ahad lalu, dihadiri seramai 25 orang kecuali Datuk Seri Mahdzir Khalid yang tidak sihat.

”Pagi Isnin 21/6/21 Presiden keluarkan kenyataan media berhubung keputusan mesyuarat 20/6.

”DS @DrZahidHamidi ialah keputusan besar dibuat secara bersama,” katanya.

Kenyataan beliau dipercayai kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertikaikan kenapa Biro Politik UMNO memutuskan kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen dalam masa 14 hari dan bukan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Menurutnya, PNBBC menyokong pengzahiran Agong mahu sidang Parlimen diadakan segera namun berpendapat ia perlu dibuat mengikut peraturan iaitu diberi tempoh selama 28 hari bagi membolehkan ahli Parlimen bersiap sedia dengan soalan dan cadangan bagi membantu kerajaan dalam menangani Covid-19.

Shahidan turut menyelar keputusan UMNO itu yang didakwanya seolah-olah melakukan ugutan apabila memberikan tempoh 14 hari untuk kerajaan membuka semula sidang Parlimen. MG

Senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib seru tolak pemimpin derhaka pada perjuang parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker