Tujuh ditahan buat parti dadah

Tujuh ditahan buat parti dadah

Tujuh orang buat parti hari jadi bersama dadah ditahan

Tujuh individu termasuk seorang wanita kerana berkumpul untuk menyambut hari lahir di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, pada 2 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, serbuan dilakukan susulan laporan awam yang diterima pihaknya mengenai aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat majlis hari jadi yang sedang berlangsung, yang dihadiri tujuh individu berusia antara 21 hingga 37 tahun.

“Polis juga menemui lima paket berisi dadah disyaki syabu anggaran berat 4.42 gram, dan satu paket berisi tujuh biji pil yaba.

“Sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan ke atas mereka mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 yang bernilai RM4,000 setiap satu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baharudin berkata, semua suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi menjalani ujian saringan air kencing, yang mana empat lelaki dan seorang wanita didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Lima suspek mempunyai rekod kesalahan kesalahan lampau berkait dadah manakala, dua lagi tiada sebarang rekod.

“Kesemua mereka direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. HM

Tujuh ditahan buat parti dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri Aziz mastermind kumpul SD sokong Hishammuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker