Pelacur guna kondo tawar khidmat seks
Pelacur guna kondo tawar khidmat seks
Sembilan pelacur warga asing yang disyaki menjadi pelacur ditahan dalam enam serbuan polis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua pelacur berusia dalam lingkungan 21 hingga 38 tahun.
“Siasatan awal mendapati kesemua pelacur meraih pendapatan harian antara RM3,000 hingga RM6,000 sehari dengan pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 untuk setiap satu jam perkhidmatan seks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sembilan pelacur warga asing itu terdiri dari dua dari Uzbekistan, dua dari Filipina, dua dari Belarus, seorang dari Rusia, seorang dari Iran dan seorang dari Ukraine.
Mohamad Zainal memaklumkan serbuan dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail.
Antara barang rampasan dari bilik kondominium yang dirampas polis.
Hasil pemeriksaan di bilik kondominium itu telah merampas 26 keping kondom, lima botol minyak pelincir pelbagai jenama, 13 unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima alat mainan seks, tujuh keping kad akses, mata wang asing USD 1, 900 dan RM31, 513.
Siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 372B, Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Justeru pihaknya memohon kerjasama dari masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti pelacuran sekitar kawasan Dang Wangi dengan menghubungi talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atan mana-mana balai polis berhampiran. MG
Pelacur guna kondo tawar khidmat seks
Baca Artikel Menarik :
- Fahmi Redza mocking Perak MB
- Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar
- Raja-Raja Melayu Sudah Bersuara
- Saintis Facebook bangunkan perisian kesan imej ‘deepfake’
- Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram
- Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.