Melepaskanmu Bukan Suatu Yang Mudah

Melepaskanmu Bukan Suatu Yang Mudah. Sehebat mana manusia merancang, akhirnya perancangan Allah yang paling sempurna. Ini cerita tentang aku dan kamu. Cerita kita manusia yang merancang hingga lupa rancangan dia yang maha hebat.

Manusia fitrahnya ingin disayangi. Bermulalah detik 3 tahun lalu, sebuah perkenalan yang membuahkan rasa sayang. Aku memilihnya tanpa syarat.  Terima si dia apa adanya. Tidak pernah aku membandingkan cinta kami dengan orang lain.

Bagiku ada si dia si dia cukup buatku bahagia. Terlalu banyak yang aku rancangkan, hingga pendidikan anak-anak kami rancangkan. Malu bila kenangkan semua ini. Bernikah pun belum lagi tapi perancangan mengalahkan pasangan yang sudah berumah tangga.



Salah aku, kerana cinta yang terlalu dalam pada dia si lelaki pujaan, aku lupa meletakkan Dia di tempat pertama.

Sakit sikit terus whatsapp dia, masalah sikit aku mesej dia. Wah,hati mana tidak bahagia bila si dia bertindak sebagai hero, selesai semua masalah. Begitulah bulan berganti bulan,tahun berganti tahun.

Detik hitam perjalanan cinta manusiaku mula menampakkan noktah. Beberapa bulan sebelum putusnya cinta yg kuharapkan diserikan dengan pernikahan, ada perubahan yang aku rasakan dalam diri aku.

Kalau dulu, tiap kali bangun, chat nya yang aku baca dahulu tetapi tiba-tiba setiap kali bangun aku tertanya, siapa dia? Bagaimana kami berkenalan? Bagaimana cinta itu berputik? Rasa macam aku tengah bermimpi.



Aku rasa seperti sesuatu yang ajaib kerana ada insan yang bernama lelaki menyayangiku. Jika diikutkan logik aku patut bertanyakan soalan ini 3 tahun lalu. Tetapi inilah yang aku alami setiap pagi di tahun terakhir kami.

Suatu pagi, hari Jumaat, September 2018, aku masih ingat detik itu. Satu pesanan dan satu panggilan menoktahkan hubungan itu. Aku terkedu. Linangan air mata mencurah-curah. Aku ditinggalkan begitu sahaja, katanya keluargamya tidak merestui hubungan kita.

Semudah itu aku ditinggalkan, semudah itu engkau lupa janjimu 3 tahun lalu, pertahankan hubungan ini sedaya upayamu.

Ya aku tahu mentaati ibu bapa itu utama, tetapi engkau sedikit pun tidak berusaha bertahan hingga ke akhirnya. Apa salahnya jika engku berdiam dahulu dan kita sama-sama mencari solusi. Aku sendiri tidak pernah bertemu keluargamu.



[VIDEO] Al-Fatihah: Redha Pemergian Ayah Tercinta ..Anak Sempat Tunaikan Permintaannya Berwuduk Sebelum ke ICU

Kini, inilah aku manusia, yang bila susah aku teringat apa yang aku sudah lakukan. Mula mencari tuhan mengadu. Rasa malu sangat. Aku kejar cinta manusia hingga aku lupa Allah sebaik-baik pencinta. Aku masih belajar mencintai Allah sepenuh hatiku.

Wahai diri,wahai wanita, wahai lelaki yang dihimpit rasa sepertiku. Bangunlah dari lena cinta yang dusta. Menyayangi tidak semestinya memiliki. Berjanji denga manusia, mudah benar ia dimungkiri.

Jika rasa diri keseorangan, engkau tidak pernah keseorangan, berapa ramai manusia di muka bumi ini hilang insan yang paling mereka sayangi namun tetap memilih redha tuhan.



Seorang anak kehilangan ibu. Seorang suami kehilangan isteri. Seorang isteri hilang suami yang disayangi. Seorang bapa yang rindu anaknya yang telah pergi.

Namun,mereka masih memilih tabah dan mencari redha Ilahi. Jika dibandingkan, apalah sangat rasa sempit yang menghimpit kita yang kehilangan insan bernama kekasih yang belum pun halal untuk kita.

Untuk si dia yang mungkin membaca, melepaskanmu bukan suatu yang mudah, aku tahu kau sedang menyulam bahagia.

Pergilah jika benar itu yang kau cari, pergilah sejauh mana yang engkau mahu. Cinta itu ku biarkan ia bernoktah di sini. Ku noktahkan sakit hatiku. Ku noktahkan kenangan kita.



Aku ingin menjadi diriku, hidup dengan cinta dan redha Ilahi. Gapai impian dengan tawakal dan percaya diri. Sampai masanya si dia yang aku nanti pasti hadir dengan restu Ilahi.

Melepaskanmu Bukan Suatu Yang Mudah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Muhyiddin mau bikin apa?



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker