Hormat Agong, usaha segera buka persidangan – kata Rais

usaha segera buka persidangan - kata Rais

Hormat Agong, usaha segera buka persidangan – kata Rais

PETALING JAYA: Speaker Dewan Negara, Rais Yatim, berkata semua pihak perlu menghormati pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan berusaha supaya Parlimen dibuka segera.

Katanya, pandangan Sultan Abdullah menepati Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan dan harus dihormati kerana Agong yang berperanan sebagai Ketua 1 Parlimen.

“Isunya sekarang adalah bila dan (maksud) perkataan sesegera, mungkin itu nampaknya tidak boleh lebih dari 1 Ogos (tarikh darurat tamat), lagipun tarikh asal pengisytiharan darurat dibuat pada 12 Januari lalu.

“Jadi tarikh 1 Ogos itu, lebih kurang sempurnalah tempoh enam bulan supaya Parlimen boleh bersidang semula. Cuma sebelum tempoh itu, perlu dikemukakan notis supaya mesyuarat bersidang,” katanya menurut laporan portal PN BBC.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang, selain mempunyai kuasa mutlak menghentikan atau membubarkan Parlimen.

Baginda turut diperuntukkan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam bulan antara persidangan lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Hormat Agong, usaha segera buka persidangan – kata Rais

 


Baca Artikel Menarik :

 

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker