Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid

Sebaran :

Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin - Zahid

Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid

Saya berpandangan apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin, maka secepat mungkin ia perlu diadakan.
Benar tafsiran ‘secepat mungkin’ bersifat subjektif, namun bukankah masih ada aspek-aspek untuk mentafsirkannya.
Tafsiran ‘secepat mungkin’ bergantung kepada keadaan atau sesuatu perkara. Ini ‘common sense’ yang murid sekolah pun tahu.
Sebagai contoh guru ketika mengajar mengarahkan murid membuka buku teks secepat mungkin, maka tempoh beberapa saat adalah ‘secepat mungkin.
Jika guru meminta murid menyiapkan kerja rumah secepat mungkin, maka tempoh beberapa hari adalah ‘secepat mungkin’.
Secara umum jika sesuatu itu mudah dilakukan, maka tempoh beberapa saat, minit atau jam atau hari adalah ‘secepat mungkin’.
Jika sesuatu yang sukar maka tempoh beberapa minggu, bulan atau tahun mungkin ditafsirkan sebagai ‘secepat mungkin’.
Dalam hal persidangan Parlimen ia adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan sama ada secara fizikal mahupun maya.
Maka titah Parlimen perlu bersidang ‘secepat mungkin’ tidaklah sepatutnya ditafsirkan dalam tempoh beberapa bulan.
Tafsiran itu seolah-olah menyanggah elemen kebijaksanaan, keprihatinan dan kecaknaan dalam titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO / Pengerusi BN Malaysia

Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sidang Parlimen, Istana beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan


Sebaran :

Leave a Reply