Sidang Parlimen, Istana beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan

Sebaran :

 

Sidang Parlimen, Istana beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan.

Istana Negara sebentar tadi memuat naik satu status dalam media rasmi facebook Istana Negara mengenai titah Agong sebelum ini yang mahu parlimen perlu bersidang segera atau secepat mungkin.

Peringatan Ulangan daripada Istana ini adalah susualan daripada pelbagai kenyataan kerajaan yang meilbatkan Menteri Undang-Undang dan mereka yang lain yang menafsirkan sambil lewa  seolah – olah titah tuanku sekadar melepaskan batuk ditangga.

YDPA dan Raja-Raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan yang tegas sebelum ini dan mahu kerajaan memandang serius berhubung perkara yang telah dibangkitkan demi kepentingan rakyat jelata.



YDPA sebelum ini menyatakan bahawa;-

“Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara,”

Ini adalah peringatan ulangan yang pertama dari Istana Negara berhubung ini. Jika perkara ini tidak diambil perhatian serius oleh kerajaan negara berkemungkinan menghadapi krisis perlembagaan yang pernah berlaku sebelum ini akan berulang.



 

 

Kemaskini:  Melalui semakan di Facebook ISTANA NEGARA, status yang dimuat naik dengan poster seperti di atas telah dipadamkan atas sebab – sebab yang tidak diketahui.

 

Sidang Parlimen, Istana beri Peringatan Ulangan Pada Kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Muhyiddin perlu dengar nasihat Agong dan Raja-Raja Melayu

 


Sebaran :

Leave a Reply