Resepi sup kambing berempah sedap sungguh

Sebaran :


Resepi sup kambing berempah

Siapa yang pernah makan sup kambing berempah ini? Kalau belum cuba, elok la cuba sebelum terlambat. Gurau jer. Apa pun resepi sup kambing berempah ni memang padu.

Ini cara masak sup kambing berempah yang sedap. Comfirm ulang makan banyak kali. Enak dimakan bersama nasi atau roti. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

Resepi sup kambing berempah
BAHAN:



500gm tulang kambing
2 ½ sudu besar serbuk rempah sup
2 biji tomato – belah 2
4 tangkai daun bawang – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar minyak masak
Garam

Resepi sup kambing berempah
BAHAN TUMISAN A

2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 kuntum bunga lawing
5 biji buah pelage

Resepi sup kambing berempah
BAHAN TUMISAN B



4 ulas bawang putih – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
3cm halia – hiris

CARA

1.Tulang kambing direbus sehingga lembut menggunakan api kecil. Ketepikan.

2.Panaskan minyak, tumiskan bahan tumisan A diikuti dengan bahan tumisan B.



3.Masukkan rempah sup, lada hitam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.

4.Setelah tumisan naik bau, tuangkan ke dalam periuk yang berisi rebusan tulang kambing dan kacau rata.

5.Taburkan hirisan daun bawang, tomato dan garam secukup rasa. Msak lagi sehingga mendidih. Utv


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Sotong Bakar Thai


Sebaran :

Leave a Reply