Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memudahkan proses penyiasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang tenaga pengajar terhadap beberapa pelajar yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Nora Noordin berkata, universiti itu juga telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk meneliti dan menjalankan siasatan terperinci terhadap segala dakwaan yang bersangkutan.
“UiTM memandang serius dakwaan itu dan juga komited untuk menangani segala dakwaan yang dibangkitkan.
“Universiti sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana staf yang mengambil kesempatan atau menyalahgunakan kuasa mereka sebagai staf kerana UiTM amat mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kualiti seluruh warganya, khususnya dalam mengamalkan budaya integriti dan profesional yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai, terutama ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kebajikan, keselamatan dan hal ehwal para pelajar adalah keutamaan universiti dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terlibat mengikut peraturan dan ketetapan universiti sedia ada.
Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Baca Artikel Menarik :
- Fahmi Redza mocking Perak MB
- Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar
- Raja-Raja Melayu Sudah Bersuara
- Saintis Facebook bangunkan perisian kesan imej ‘deepfake’
- Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram
- Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap
Layari Laman Facebook MYKMU NET