Lelaki maut diserang ayam ganas

Kraus maut selepas diserang seekor ayam. – New York Post

DUBLIN, Ireland  – Seorang lelaki warga Ireland ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang oleh seekor ayam yang ganas, lapor akhbar New York Post semalam.

Jasper Kraus dari Killahornia dibunuh oleh seekor ayam Brahma pada 28 April 2022, demikian menurut satu inkues di Ballaghederreen seperti laporan Pemeriksa Ireland.

Anak perempuan Kraus, Virginia Guinan berkata, mangsa sedang tidur pada hari kejadian. Dia tidak mahu membangunkan bapanya kerana mangsa tidak sihat dan kesedihan kerana anjingnya mati.

Setelah dimaklumkan mengenai pertumpahan darah itu, Guinan bergegas pulang ke rumahnya di mana dia melihat bapanya yang terbaring dalam kolam darah diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh anggota paramedik.

Satu jejak menuju ke rumah ayam di mana dia melihat salah seekor haiwan itu mempunyai kesan darah pada cakarnya. Guinan mengesyaki ia ayam yang sama dihantar ke ladang selepas menyerang cucu perempuan Kraus.

Seorang penyewa di rumah itu, Corey O’Keeffe berkata, dia mendengar Kraus menjerit semasa diserang dan melihat darah memancut dari kaki mangsa, serta luka besar di betisnya.

Dia menghubungi perkhidmatan kecemasan dan dibimbing untuk melakukan CPR selepas Kraus tidak sedarkan diri.

Dr. Annette Jennings berkata semasa inkues bahawa ketika dia tiba, anggota paramedik mengambil alih CPR dan cuba memulihkan Kraus, tetapi dia disahkan meninggal dunia.

Koroner merekodkan kes itu sebagai ‘kecelakaan’, walaupun mangsa mengalami serangan jantung ketika diserang ayam ganas itu. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker