Ketua Polis Negara sahkan siasatan kes bunuh Zayn Rayyan capai 90 peratus

Siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin kini sudah mencapai 90 peratus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain.

Beliau berkata ia melibatkan siasatan dalam pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.

Katanya kesemua saksi yang pernah diambil keterangan sebelum ini mungkin akan dipanggil semula termasuk ahli keluarga Zayn Rayyan bagi melengkapkan siasatan.



“Buat masa ini motif (pembunuhan) adalah sangat penting dan kita tidak mengetahui apa motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh,” katanya dalam sidang media khas di Ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 5 Dis lepas kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya, dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.

Razarudin berkata ujian patalogi tidak akan dibuat lagi melainkan terdapat maklumat baharu, sekiranya ada tangkapan selepas ini.

Berhubung bantuan yang diterima daripada pihak Interpol, Razarudin berkata pihaknya hanya menerima laporan daripada segi saintifik dan forensik dalam membantu siasatan kes itu.



Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis tidak akan menghentikan siasatan sehingga petunjuk baharu diperoleh, dan setakat ini polis telah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker