Guru Kimia kantoi ‘main’ bersama pelajar sekolah

SHANGHAI  –  Seorang guru di Shanghai digantung tugas selepas suaminya membuat aduan bahawa wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan pelajar berumur 16 tahun, lapor portal berita VNEXpress semalam.

Suami dikenali sebagai Wu itu berkongsi rekod perbualan mesej telefon bimbit antara isterinya, Zhang Yue bersama pelajar tersebut.

Yue merupakan seorang guru kimia di sebuah sekolah menengah di Shanghai.



Perbualan mereka berkisar tentang tarikh temu janji rahsia dan kemungkinan menyewa sebuah bilik hotel.

Yue yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an,  didakwa mengarahkan pelajar tersebut untuk memadamkan rekod perbualan sebagai usaha menyembunyikan hubungan sulit mereka.

Sebagai tindakan, pihak pengurusan sekolah mengumumkan bahawa guru terbabit digantung tugas sementara dakwaan hubungan sulit tersebut disiasat, baru-baru ini.

Guru itu tidak melanggar undang-undang jika pelajar terbabit berumur lebih 16 tahun, kata seorang peguam kepada akhbar Modern Express.



Kisah itu tular platform tempatan, Weibo dan dalam masa 19 jam sahaja, ia merekodkan kira-kira 2.5 bilion tontonan. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar



Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker