Lewis Hamilton positif COVID-19, terpaksa lupakan perlumbaan GP di Bahrain

Pelumba Formula One, Lewis Hamilton disahkan positif COVID-19 dan tidak akan menyertai kejohanan Grand Prix yang akan berlangsung di Bahrain hujung minggu ini.
Pasukan Mercedes menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan, Hamilton kini telah diarah menjalani proses kuarantin.
Difahamkan, pelumba bagi pasukan Mercedes itu mengalami gejala ringan sebelum disahkan positif COVID-19 berikutan mempunyai kontak rapat dengan individu positif.
Bagaimanapun, menurut pasukan itu, Hamilton masih dalam kondisi kesihatan yang baik dan perlu sembuh sepenuhnya daripada wabak itu sebelum dibenarkan semula untuk beraksi.
Sebelum ini, dia turut menjalani tiga peringkat ujian saringan COVID-19 namun disahkan negatif hasil ujian tersebut-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker