‘Saya Nak Cuba Berkhidmat, Bukan Nak Jadi Pembesar Negara’ – Mahathir

'Saya Nak Cuba Berkhidmat, Bukan Nak Jadi Pembesar Negara' - Mahathir

 

‘Saya Nak Cuba Berkhidmat, Bukan Nak Jadi Pembesar Negara’ – Mahathir

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya hanya mahu memberi sumbangan kepada negara apabila mencadangkan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dr Mahathir menjelaskan, tidak timbul isu beliau mahu kembali berkuasa apabila mengemukakan cadangan itu.

Beliau menjelaskan sumbangan yang mahu diberikan berdasarkan pengalamannya mengurus krisis ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Saya nak cuba berkhidmat, bukan fikir pasal diri saya. Kalau saya fikir diri sendiri, saya nak berehat macam orang lain, nak seronok-seronok.

“Tapi masalah ini perlukan pengalaman yang panjang. Saya ada banyak pengalaman, saya sudah tangani berbagai jenis masalah kewangan, politik, serangan terhadap matawang kita, dan selama 22 tahun saya ada, saya dapat banyak pengalaman,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan secara maya hari ini.

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sekali.

Beliau menjelaskan tidak timbul isu untuk kembali menjadi perdana menteri lagi kerana sudah dua kali menjawat jawatan tertinggi itu.

“Kalau tak nak saya tak apa, tapi saya sanggup nak berkhidmat lagi walau dah tua. Saya bukan nak suruh orang terima pendapat saya tapi saya nak beri pengalaman saya kepada negara.

'Saya Nak Cuba Berkhidmat, Bukan Nak Jadi Pembesar Negara' - Mahathir

“Saya bukan nak jadi pembesar negara lagi. Saya dah pegang jawatan tertinggi dalam negara hingga sudah tak boleh lebih daripada itu, dua kali saya jadi Perdana Menteri, cukuplah.

“Patutlah saya gunakan pengalaman saya untuk kepentingan negara, bukan kepentingan saya,” kata Dr Mahathir lagi.

Khamis lepas, Dr Mahathir mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti MAGERAN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu yakin MAGERAN mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara kesan penularan pandemik COVID-19.

Dr Mahathir turut menawarkan dirinya untuk mengetuai MAGERAN, namun beliau dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa penubuhan MAGERAN hanya boleh dilakukan jika ia diusulkan kerajaan.-SH

‘Saya Nak Cuba Berkhidmat, Bukan Nak Jadi Pembesar Negara’ – Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker