Helikopter bertembung: Adik paling ceria sambut Aidilfitri lalu

Helikopter bertembung: Adik paling ceria sambut Aidilfitri lalu

YAN: “Arwah adik nampak paling ceria ketika menyambut Aidilfitri tahun ini. Dialah yang pasang semua langsir, kemas rumah dan memasak juadah di pagi raya.

“Semua yang dia buat itu dikongsinya dalam kumpulan WhatsApp keluarga dan itulah kenangan terakhir arwah yang akan kami simpan sebagai kenangan,” kata Abdul Latif Anuar.

Abdul Latif, 46, adalah abang sulung kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, yang maut dalam nahas helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, di sini hari ini.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah adik ketiga dari lima beradik itu pada Aidilfitri pertama lalu, dan tiada perubahan yang berlaku ketika itu.

“Cuma arwah banyak ambil video dan kongsi dalam kumpulan WhatsApp keluarga seolah-olah dia tahu dia akan beraya bersama kami semua.

“Tahun ini semua lima beradik dapat berkumpul menyambut hari raya bersama ayah, Anuar Hassan, 70-an, sejak emak meninggal tahun lalu.

“Pagi Aidilfitri, arwah sempat menyediakan juadah dengan memasak kari untuk hidangan kami semua,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni, di sini hari ini.

Menurut Abdul Latif, adiknya itu pulang ke Lumut pada Aidilfitri kedua dan berjanji akan pulang semula ke kampung Jumaat ini, bagi menjenguk bapa mereka yang uzur kerana menghidap jantung dan parkinson.

Katanya, Noor Rahiza berkahwin dengan Azinor Azizan, 40an, dan mempunyai empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa adiknya selepas dihubungi adik iparnya yang meminta mereka sekeluarga datang ke Lumut segera.

“Adik ipar beritahu saya ‘Abang mai ke Lumut, mai Perak, Ija jatuh helikopter…Mayat cari tak jumpa.

“Ketika itu saya terkejut dan menyangka kejadian itu bagai mimpi rupanya ia benar berlaku,” katanya.

Abdul Latif berkata dia benar-benar terkejut apabila menerima panggilan dari adik iparnya itu namun tidak dapat segera bertolak ke Perak kerana perlu menjaga isterinya yang menghidap penyakit angin ahmar.

Menurutnya, beberapa hari lalu, dia hendak hubungi orang lain tetapi tersilap dail nombor telefon adiknya namun apabila dia maklumkan tersilap dail, arwah seperti biasa berjenaka kononnya menyangka dia menelefonnya untuk memberikan harta.

Jenazah Noor Rahiza dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, di sini selepas selesai urusan di hospital. BH

Helikopter bertembung: Adik paling ceria sambut Aidilfitri lalu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button