Parti Liar, 5 lelaki, 1 perempuan ditahan
Butterworth: Enam individu termasuk seorang wanita yang sedang leka berhibur dalam parti liar ditahan polis di sebuah kondominium di sini, 2.30 pagi semalam.
Pada serbuan itu, kumpulan terbabit turut dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penganjuran parti liar di lokasi berkenaan sebelum melakukan serbuan.
“Kami mendapati, lima lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 38 tahun sedang leka berhibur dalam kondominium itu.
“Tindakan mereka menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila berkumpul dengan tujuan berhibur,” katanya pada kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pihaknya turut merampas sebuah pembesar suara dan alat paparan laser yang digunakan dalam parti liar itu.
Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing mendapati lima daripada mereka, termasuk wanita, positif dadah.
“Kesemuanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Noorzainy berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun ke atas 191 individu atas pelbagai kesalahan melanggar SOP membabitkan jumlah keseluruhan RM725,500 sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sejak 1 Jun lalu sehingga semalam.
“Kesalahan rentas daerah dan negeri adalah yang paling tinggi membabitkan kompaun berjumlah RM330,000. Ia dikeluarkan terhadap 67 individu,” katanya.
Parti Liar, 5 lelaki, 1 perempuan ditahan
Baca Artikel Menarik :
- ‘Dihukum’ Penduduk Kampung, Bekas Pesakit Covid-19 Mohon Ampun
- Mona Allen terima mesej ‘gila’
- Resepi Pulut Durian Siam Santan Meleleh
- Resepi Siakap Goreng Sos Plum sedap sekali
- Sindir Pas, Parti Sains serah permohonan kepada ROS
- Zambry perlu wujudkan rasa muhibah parti dalam BN – Penganalisis
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??