Kes baru, kematian dari kluster perayaan membimbangkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggap peningkatan kes baru dan kadar kematian pesakit Covid-19 yang ada kaitan dengan kluster perayaan sebagai membimbangkan.

Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hal itu kerana kes baru dan kematian yang berpunca daripada dua sambutan perayaan berkenaan terjadi dalam tempoh yang singkat.

“Sekiranya masyarakat masih lagi leka serta tidak mengambil iktibar daripada aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri semasa musim perayaan tersebut, tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak berulang di negara kita,” katanya dalam kenyataan media petang ini.

Menurut Noor Hisham antara tempoh 13 Mei sehingga 10 Jun lalu terdapat 60 kluster perayaan dilaporkan membabitkan 58 kluster sempena Aidilfitri manakala selebinya daripada perayaan Hari Gawai.

Katanya seramai 13,023 individu disaring daripada kluster terbabit sebanyak 3,511 kes dikenal pasti dan menjadikan kadar positif sebanyak 27.0 peratus.

Anwar masih rujuk kepada Mahathir

“Daripada 3,511 kes tersebut, 20 kematian dilaporkan dan sehingga kini 11 kes masih dalam rawatan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Menurut Noor Hisham negeri tertinggi mencatatkan bilangan kluster perayaan ialah Sabah dengan 11 kluster atau 18.3 peratus, Sarawak (8 kluster atau 13.3 peratus) dan Kedah (7 kluster atau 11.7 peratus).

“Kita wajar mencontohi negara-negara jiran yang telah berjaya mengawal situasi pandemik Covid-19 dengan baik di negara mereka.

“Mereka membuktikan dengan kerjasama semua pihak dan kepatuhan yang tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, fungsi kehidupan kepada normal mampu menjadi kenyataan,” katanya.

Anwar Memilih Jalan Sendiri Selepas Dikhianati Mahathir Buat Kali Kedua

Kes baru, kematian dari kluster perayaan membimbangkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker