Tiada posting baharu, ramai bimbang keselamatan Ebit Lew

Sebaran :

Tiada posting baharu, ramai bimbang keselamatan Ebit Lew

Tiada posting baharu, ramai bimbang keselamatan Ebit Lew

PETALING JAYA – Tindakan pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak mengemas kini beberapa laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menimbulkan kegusaran buat rakyat negara ini khusus pengikutnya.

Berdasarkan semakan di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya hari ini mendapati kali terakhir beliau membuat hantaran adalah pada 27 Mei lalu.



Menerusi sebuah portal, rata-rata pengikut pendakwah popular itu menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas serta ubat-ubatan ke Palestin.

“Semoga ustaz (Ebit) dan team sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan mereka,” tulis Azie Abdullah.

“Semoga Allah lindungi ustaz Ebit,” kata Nurfarha Shahira sambil meletakkan emoji tangan simbolik sebagai berdoa.



Tangkap layar hantaran terakhir di laman sosial Facebook Ebit Lew pada 27 Mei lalu.
Terdahulu, Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau yang bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent telah membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan sebanyak dua treler besar dan beberapa buah lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza. K Online

Tiada posting baharu, ramai bimbang keselamatan Ebit Lew


Baca Artikel Menarik :


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ebit Lew sebak serah bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin


Sebaran :

Leave a Reply